Eric Floor88 Minta Iqbal Tarik Diri Dari Big Stage
Sejak Ahad lalu, hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli dikecam teruk oleh netizen apabila menyertai program Big Stage 2022.
Perkara itu turut mendapat perhatian ahli kumpulan Floor88 iaitu Eric Fuzi yang juga merupakan komposer lagu Iqbal berjudul Hujan. Menerusi satu entri di Instagram, Eric menasihati Iqbal supaya menarik diri daripada program itu dan fokus pada perniagaan sahaja.
BACA: “Buang Je La Kalau Saya Tak Layak”
Eric berkata dia menerima banyak mesej daripada netizen yang menyalahkannya seolah menjadi punca Iqbal terjebak sebagai penyanyi hingga layak menyertai pertandingan itu.
“Saya nak jelaskan semula, sebelum saya setuju hasilkan lagu untuk Iqbal sebab dia kata sekadar nak menyanyi untuk luahkan isi hati dan promosi produk, bukan sebab nak jadi penyanyi. Malah, berulang kali saya ingatkan dia kalau betul nak jadi penyanyi kena masuk kelas vokal,
“Jangan salahkan kalau dia diangkat menjadi penyanyi. Persoalannya siapa yang menerima dia jadi artis dan siapa yang izinkan dia masuk TV?” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai persembahan Iqbal di minggu pertama Big Stage, Eric berkata usahawan itu tidak boleh menyanyi.
“Sejujurnya memang teruk suara dia, tapi kalaudia betul-betu nak jadi penyanyi kena belajar lagi. Dia degil, lupa apa tujuan asal dia buat lagu dulu.
“Kalau betul nak jadi penyanyi, saya ras abuat masa ini belum layak lagi. Saya sendiri akui kecewa apabila dia menyertai program nyanyian popular itu,” katanya.
Terdahulu, Iqbal mencabar pihak juri untuk menyingkirkannya di konsert kedua Ahad ini jika benar dia tidak layak untuk bertanding.
- SUMBER
- mStar Online
Hahaha dah rezeki dia nk sokong jer laa. Kita org isley kena terima takdir Tuhan…
Hari tu ada orang komen pasal sabah, dekat gosip rossa bini syuk. Baru aku sedar rupanya ramai orang belah borneo kat page rotikaya ni.
Yang kelakarnya, semua menggelupor sebab negeri sabah kena hina. Tapi bila komen pasal negeri Kelantan, pergghh tak ingat dunia.
Aku ni orang Kelantan, bersepah komen hina negeri aku, yang aku baca kat sini. Takde pulak orang kata jangan hina negeri bila bab Kelantan.
Tapi kalau kena negeri lain, terutama yang belah borneo tu, fffuuuhhhh menggelupor acik oooiii.
Ni gosip pasal iqbal ni, konfem adalah mangkuk datang heret negeri Kelantan sekali.
Satu je nak pesan, kalau kau hina negeri orang jangan marah lah ye kalau kena kat negeri kau sendiri. Tak kisahlah kau negeri apa pun.
Ok, bye. Mmmwwwahhhh….*flying kiss*…
betul apa kata Eric ni.utk iqbal kau baca and hadam betul2 ..anggapla nasihat dr kawan ko yg perlu kau dgr jugak.
Eric tak bermaksud merendahkan.dia tau kemampuan kau takat mana.dia nk ko avoid dr tunjuk bende sebenar yg kau tak boleh nyanyi live supaya org takde peluang kutuk kau.
dah elok kau buat single hujan org kagum gakla dgn melodi lagu and suara yg org taktau mcmna struggle sbnarnye di belakang tabir.sepatutnye biarkan rahsia tu mcmtu je
tp skrg kau bukak pekung dgn nyanyi sumbang so berderet2 la haters makin gelakkan ko.mmg langkah yg sgt2 silap sbnarnya.
ape lagi kau nak.kau dah kaya takyah cari glamer dunia hiburan pun takpe.naik dgn bidang yg kau boleh buat.cukupla jd badut and buat org makin hina kau.
ikhlas aku ckp aku kesian tgk kau.please sayang diri and jaga maruah keluarga.
Steseng tv laa nk buak duik tuh. Nak saloh Iqbal dia meme nk top nk viral jah. Patut penerbit rancange tuh yg amik tindake.
Bg iqbal nyanyi x sedap janjii nama naik sudah la..dia bkn nk duit sgt..duit dia brkoyan2..skg yg penting bg dia, nama kena kasi up dulu..vokal mokal tu nt2 le dia belajau..x begitu iqbal huhu
Ni lg sorang. Komen langau. Badut pon ye..cuma tak pakai suit je. Setakat lagu funfair masok AJL..baik dok diam2 dari komen.
Tgk pic ats..10x helok ruper Iqbal. Bakat bole diasah. Jgn negatif sgt nk komen owg lain. Rezki die.