Lama rasanya tak dengar cerita mengenai Engku Emran. Baru-baru ini ahli perniagaan itu dilihat ada memuat naik gambar bersama anaknya, Aleesya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Engku Emran turut berkongsikan kisah tentang ibu tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi pada Jun lalu.

BACA: Neelofa Enggan Komen Dakwaan Nabila, Engku Emran Nak Bercerai

Emran berkata gambar dikongsikannya di Masjid Wilayah itu dia mengajak anak perempuannya itu untuk menemanisnya melakukan solat hajat lima hari sebelum ibunya meninggal dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by In Safe Hands (@narumkamek)

“Assalamualaikum Mummy. Pagi ni Emran bangun Emran rindu sangat mummy. Gambar ni Emran ambik 5 hari sebelum mummy meninggal pada 28 Jun 2023 Emran baru lepas solat maghrib dan solat hajat dengan Aleesya masa ni di masjid wilayah.

“Masa ni Emran takut kehilangan mummy sangat2 sebab tu Emran mintak tolong Aleesya teman Emran solat hajat untuk mummy,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan takziah buatnya serta berharap agar Engku Emran tabah di atas pemergian ibu tercinta.

×