fbpx

Enggan Melatah Majlis Tunang Dikritik Ramai

Sehingga kini majlis pertunangan, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang diadakan Jumaat lalu masih menjadi buah mulut orang. Pastinya bukan perkara positif, majlis itu khabarnya dikritik hebat kerana diadakan terlalu mewah bak hari perkahwinan dengan dua persalinan baju yang direka khas oleh pereka terkenal tempatan, Rizman Ruzaini.

BACA: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Mahu Kurang Berjumpa

“Mengikut perancangan awal, kami memang mahu mengadakan majlis bertunang secara kecilan, hanya membabitkan insan terdekat seperti keluarga masing-masing. Bagaimanapun, Elfira sudah lama berada di pentas seni, jadi ramai juga kenalan rapatnya termasuk artis dan rakan media dijemput”

“Justeru, liputan yang diterima cukup meluas. Majlis itu sendiri kelihatan gah dan meriah apabila ada banyak pihak sudi bekerjasama. Acara itu akhirnya menjadi lebih besar daripada apa yang dirancang”

Bukan itu sahaja, malah kehadiran Sufian di majlis pertunangan mereka juga turut dikecam hebat kerana dikatakan tidak mengikut syarat agama. Difahamkan juga, pasangan ini turut menerima beberapa tajaan untuk perkahwinan mereka, jadi tidak hairanlah jika majlis mereka tampak mewah seperti orang mahu bersanding.

“Saya ke rumah Elfira pun selepas majlis pertunangan selesai. Ketika acara bertunang, tiada liputan media kerana mereka cuma diundang selepas selesai majlis sebenar. Jadi, apabila saya datang kemudian, banyak gambar kami berdua yang diambil dan dikongsi,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Apapun kini Sufian sudah menjelaskan perkara sebenar di sebalik ketidakpuas hati peminat terhadap majlis mereka. Kalau beginilah majlis pertunangan mereka, tidak sabar pula kami nak tengok hari perkahwinan mereka tahun depan. Pasti lebih gah daripada ini kan. (rtky/w)