fbpx

Enggan Hipokrit, Siti Saerah Buka Tudung

Isu selebriti membuka tudung bukanlah sesuatu yang baru, biarpun mereka dikecam teruk namun kerana enggan hidup dalam kepura-puraan menjadi alasan mereka berbuat demikian. Terbaru pula adik kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saerah membuat keputusan untuk tidak berhijab lagi setelah lama berselindung daripada media.

“Ini kali pertama saya muncul dengan imej sebegini di hadapan media dan rasanya saya perlu tampil tanpa perlu berselindung. Bila saya muncul dengan imej tanpa berhijab begini, saya terima pelbagai komen positif dan negatif, bagaimanapun saya menerima semua komen dengan hati terbuka. Saya bukanlah manusia yang sempurna”

Sementara itu, Saerah turut akui kakaknya sendiri, Siti turut sama bertanyakan mengenai perkara itu jadi beliau memutuskan untuk berterus-terang sahaja dan tampil buat pertama kali di depan media tentang penampilan terbarunya itu. Rata-rata memang ramai yang mempertikaikan keputusannya itu namun diharapkan beliau terus tabah.

Selain tampil tidak bertudung lagi, Saerah juga sempat menayangkan teman lelaki barunya selepas tiga tahun bercerai. Pengenalan mereka bermula sejak tiga tahun lalu dan jejaka tersebut merupakan kenalan lamanya. Apapun dari terus menghukum, lebih baik pandang ke depan dan berdoa yang terbaik.

“Dia adalah kekasih dan pemangkin semangat saya dan sebenarnya kami sudah mengenali sejak 2009 namun hubungan itu terputus selepas saya berkahwin. Sebagai wanita semestinya saya mahukan seorang lelaki bergelar suami tapi semuanya bergantung pada jodoh dan takdir, lagi cepat lagi bagus,” jelasnya kepada m Star Online. (rtky/w)