fbpx

Emma Ma’embong Tolak Tawaran MIG?

Menepati ramalan ramai pihak, aktress muda yang mula dengan mencipta nama menerusi drama Kau Yang Terindah ini semakin mendapat perhatian media & David Teo. Eh.

Mangga Online melaporkan yang David Teo telah berminat dan melamar Emma Ma’embong untuk bernaung di’bawah sayap Metrowealth International Group (MIG).

“Rasa macam terkejut pun ada sebab tak sangka pulak bakat Emma mula mendapat perhatian daripada penerbit terkenal seperti beliau. Terima kasih sangat,” ujar pelakon ini.

Menjawab soalan sama ada beliau menerima tawaran David Teo itu, Emma Ma’embong menjelaskan yang beliau tidak ada masalah dengan kontrak yang di’tawarkan pihak MIG.

“Namun, belum rezeki Emma untuk bekerjasama dengan MIG apabila ayah nasihatkan Emma supaya tidak terburu-buru dan berfikir panjang terlebih dahulu,” jelas Emma Ma’embong lagi.

Nampaknya Emma Ma’embong telah menghormati permintaan ayahnya supaya tidak terburu buru untuk bekerjasama dengan pihak MIG tetapi beliau tidak menolak mungkin ada rezeki lain dengan MIG di’masa hadapan.

[poll id=”48″]