fbpx

Emma Maembong, Kamal Adli Rasa Terlalu Awal Untuk Bercinta

Nama pelakon Kamal Adli sudah pun dikaitkan bersama dengan Emma Membong ketika Emma masih lagi bersama Zizan dan kini, Kamal bagaikan memberi sedikit pembayang mengenai hala tuju hubungannya bersama Emma.

BACA: Kamal Adli Nafi Bawa Emma Jumpa Keluarga

“Kami hanya kawan. Masih di peringkat kawan. Dengan apa yang dilalui dan tanggapan orang, saya tak mahu dituduh cuba “sailang” hubungan mereka dan dengan situasi “hangat” masing masing. “Saya tak pernah wujud masa Emma dan Zizan bercinta”

“Masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius,” kata Kamal yang sebelum ini pernah dikatakan menjadi punca keretakan hubungan Emma sebelum ini namun pelakon ini menafikannya malah turut menyifatkan gosip tersebut sebagai gosip paling comel buat penutup tahun 2014.

Mengenai kejutan hari lahir yang diatur Emma dan kawan-kawannya kepada Kamal, pelakon berkenaan beranggapan bahawa ia tidak lebih daripada ingatan seorang teman malah turut bersimpati apabila Emma Maembong dicemuh hebat kerana sambutan hari lahirnya itu.

“Cuma saya dapat tahu teruk juga peminatnya hentam dan marah dia (Emma) apabila muat naik gambar kejutan hari lahir saya di laman Instagram. Saya kasihan pula dengan keadaan menimpanya itu. Saya sampai suruh dia tak payah lagi muat naik gambar membabitkan saya”

“Dalam situasi ini saya pun hairan kenapa dia dibenci dan dimarahi peminat. Ruang harus diberi untuk mana-mana artis pun jika jodoh mereka dengan sesiapapun tak berpanjangan,” jelas Kamal Adli menyusun kata. Okay, kita tunggu episod seterusnya pula bagaimana ceritanya. (rtky/s)