fbpx

Emma Maembong, Kamal Adli Masih Bersama

Kalau masih ingat dulu Emma Maembong pernah meluahkan sikap Kamal Adli yang tidak pernah menyuarakan niat untuk berumah tangga. Biarpun kini mereka lebih terbuka menunjukkan kebahagiaan, namun masih ramai mempersoalkan sejauh mana hubungan mereka.

“Tiada perkembangan baru nak dikongsi mengenai saya dan dia. Kami masih bersama. Cuma pada ketika ini, masing-masing ingin memberi tumpuan untuk masa depan. Saya tak fikir soal kahwin lagi buat masa ini. Saya hanya ikut rentak hidup dan tiada tekanan”

“Jika diikutkan, orang pun sudah tidak hiraukan kisah huungan kami. Saya pernah mengeluarkan kenyataan, selagi tiada kenyataan rasmi atau status dikongsi di laman sosial atau saya sendiri bercakap mengenai kahwin, memang tiadalah,” jelasnya kepada Berita Harian Plus.

Tegasnya jika sesuatu berita itu tidak dikeluarkan secara rasmi dari pihaknya maka berita itu hanyalah gosip semata dan tidak benar. Sebelum ini pasangan ini pernah dikatakan hampir putus hinggakan Kamal secara terbuka memohon maaf kepada Emma atas kesilapannya.

Malah soal jodoh bukanlah kali pertama menjadi persoalan peminat kerana hubungan yang sudah lama terjalin diantara mereka. Apapun mungkin Emma dan Kamal memerlukan sedikit masa sebelum melangkah ke fasa perkahwinan. Doakan sahaja yang baik-baik buat mereka ya. (rtky/w)