Pelakon jelita Datin Elvina Mohamad berkongsikan berita gembira di Instagram dirinya kini hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian itu, Elvina mengumumkan mengenai khabar gembira itu ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak mereka, Karl Mateen.
BACA: “Saya Pakai Hanya Untuk KLFW, Maaf Jika Tak Selesa” – Elvina
View this post on Instagram
“Kami tak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua),” tulisnya.
Elvina turut berkongsikan gambar mereka sekeluarga berlatar belakangkan teman tema tersebut dan kelihat suami serta anaknya memegang perut aktres itu.
Perkongsian Elvina itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah di atas kehadiran ahli baru tidak lama lagi.
Elvina mendirikan rumah tangga dengan Haniff pada 18 Mac 2018. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen kini berusia empat tahun.