Pelakon Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa berang apabila pembantu rumahnya melarikan diri dari rumah semalam serta sanggup meninggalkan anaknya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Elvina berkata wanita warga Indonesia itu meninggalkan anaknya berusia 9 bulan seorang diri serta membawa lari sejumlah wang serta telefon milik anaknya.
BACA: Elvina Umum Hamil Anak Kedua Di Tokyo Disneyland
Elvina turut meminta bantuan orang ramai untuk mengesan wanita berkenaan. Elvina turut memuat naik gambar pembantu rumahnya di perkongsian tersebut.
Sementara itu, Elvina berkata sebelum ini wanita tersebut pernah meminta kata laluan untuk telefon anaknya itu serta menyesyaki pembantu rumahnya itu sudah lama merancang untuk melarikan diri.
Dalam pada itu, Elvina berkata dia pernah melihat wanita tersebut menerusi CCTV rumahnya dan pembantu rumahnya itu tidak melakukan kerja dengan baik.
Malah, Elvina turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan wanita tersebut meskipun sudah memberikan layanan yang baik terhadapnya.