Umum mengetahui, pelakon Eyka Farhana mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada Ogos lalu.
Baru-baru ini, perkongsian Eyka menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto memaparkan aksi mesra dengan tunangnya mempromosikan satu jenama terkenal.
BACA: Eyka Farhana Dedah Tunang Ogos Lalu, Bakal Nikah Awal Tahun Depan
Menerusi satu foto, Akhyar dilihat melentok di bahu Eyka sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen serta ada yang mengingatkan bahawa mereka baru bertunang.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen sindiran mengatakan mereka sudah berpelukan meskipun belum lagi berkahwin.