Elly Mazlein Sahkan Hamil Anak Pertama
Dalam satu kenyataan kepada portal Media Hiburan hari ini, pelakon Elly Mazlein mengesahkan dirinya kini sedang hamil enam minggu selain berkongsi imej imbasan yang dilakukan doktor untuk mengesahkan kehamilan beliau.
“Alhamdulillah akak pregnant. Gestational age satu bulan dua minggu. Doakan akak ya. Jantina anak memang belum boleh tahu lagi. Tapi akak tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau pun perempuan. Asal sahaja anak dalam kandungan sihat dan selamat,” ujarnya.
BACA: Elly Mazlein Selamat Bergelar Isteri Azmi Hatta, Teruskan Kerjaya Dunia Seni

Elly Mazlein mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Azmi Hatta yang juga merupakan seorang pengarah drama pada 9 November 2014 lalu. Tahniah buat pasangan ini dan pastinya mereka tidak sabar menimang cahayamata sulung. (rtky/m)
tahniah Elly..bgus la baru kahwin dh mengandung. yg lama kahwin , jgak x ngandung2..
komen ko lucah mcm sakai sial jer
yg tk ngandung2 tu, mesti merancang,,,yelaa tk nk ada anak time tgh hot. pasal masa x ngandung, body mcm kerengga , bila dh ngandung then beranak body kembang,,pkai baju pun mcm sarung nangka daa lol
– komen di atas macam orang takde agama,sebab mempertikaikan rezeki anak,jenis belajar dulu pergi deting,jadi gini la,jenis perempuan sepanjang masa duduk bergosip je sampai suami fedup kena tinggal
Knp perlu ckp yg dah lama kawin jugak tak ngndung2 ? Rasa mmg tak perlu nak mempertikaikn rezeki dr Allah . Sapa yg kawin tak nak anak ? Semua mesti harapkn zuriat masing2 . Jangan bcakap ikot suka hati je . Macam tak prcaya qada’ dan qadar pulak .
tahniah elly..
carilah kelapa tua yang ada tunggol didalam buah kelapa tu. amal makan dua atau tiga kali… insyallah mengandung lah. ni petua orang2 dikampung.
Esok Allah bg kamu cash balasan Kat dunia baru kamu tau. Tak payah pertikai rezeki anak ke apa ke Kat orang.
wan sakinah, isteri kedua ashraf muslim pun mengandung anak kedua :)
Tahniah buat akak Elly!
Tahniah :)