Elly Mazlein Bakal Tuntut Hak Penjagaan Anak Demi Masa Depan
Selepas mendedahkan status perkahwinan beliau yang telah bercerai setahun lalu, Elly Mazlein kini memberitahu bahawa beliau bakal membuat tuntutan hak penjagaan anaknya tidak lama lagi bagi mendapatkan hitam putih berikutan menginginkan masa depan yang terbaik buat dirinya dan juga puteri sulong beliau, Putri Sara Sefhia
BACA: Elly Mazlein Sedia Diheret Faye Kusairi Ke Mahkamah
“Pada saya terpulang pada diri sendiri dan masing-masing pun sudah besar serta fikir-fikirkanlah sendiri. Sekarang ini tengah nak naik mahkamah untuk hak penjagaan anak, saya mahukan hitam putih. Jadi, tak mahu esok hari ada hak-hal yang berbangkit. Sebab dari hari pertama sehingga kini saya yang menjaga anak”
“Alhamdulillah kehidupan sekarang rezeki lebih melimpah, menumpang rezeki anaklah kan, insya-Allah. Sekarang ini saya ada gunakan dua khidmat nurse untuk jaga anak sebab saya nak yang terbaik untuk dirinya,” jelasnya kepada Media Hiburan mengenai kehidupannya kini yang lebih bahagia selepas bercerai.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perspektif negatif orang ramai berkenaan menggunakan pembantu rumah untuk menjaga anak, Elly berpendapat tidak perlulah menjatuhkan hukuman membabi buta disebabkan cerita negatif yang didengar. Malah katanya, beliau berfikiran positif dengan keputusannya itu. (rkty/w)
Dear All,
Please don’t use bad and inappropriate words to comment. Otherwise your comment will be blocked and your profile will be sent to MCMC
Regards,
Admin (Rotikaya)
assalamualaikum admin,maaf saya nk betanya, mcmc tu apa ye? :) maaf sekali lagi sebab saya baru dengar word tu
Malaysian Communications and Multimedia Commission. Jangan malas google.
google tu apa plak eh wahai anti pemalas?
It’s high time bloggers use good language on social media.
moga elly terus jaga anak dgn baik. 2 nurse – wow !
Kaya seh Elly…Alhamdullilah. Cuma knapa tak pakai kain je angkat baby tu…masih nonet nonet la kesian…leher lum kuat
Respek dgn akak Elly..
Baby Elly comel jer… http://www.gerobokbuku.com/
Elly bodoh
Kaya seh Elly…Alhamdullilah. Cuma knapa tak pakai kain je angkat baby tu…masih nonet nonet la kesian…leher lum
Kene failkan hak penjagaan anak ke?? Kan bercerai seblm anak lahir lagi, tak automatik dpt kat mak ke?? Ayah dia kan tak bertanggung jawab…pelik jgk
X pelik lar kot..die just nk ada black n white jer..so in future,xde lar nk gaduh2..
Kesian pulak, lahir je ke dunia, mak ayah dah berpisah. Nak kata tak pandai cari laki yg bertanggung jawab, dah mmg jodoh ditentukan tuhan. Cume blh berdoa jelah semuga elly tenang dlm mengharungi hidup ni…
Sudah ketentuan jodoh elly pendek, tapi nasib baiklah ada anak utk mengubat hati lara. Semuga di pertemukan dgn lelaki yg baik pada masa hadapan…