Ellie Suriaty Sedih Teruk Dikecam Netizen
Kesal dengan kecaman netizen yang salah faham terhadap pandangannya mengenai filem Mael Totey The Movie, bagaimanapun pelakon dan pengarah Ellie Suraity menjelaskan dia hanya memberi pandangan bukan mengutuk.
Akui sedih dikecam teruk sehingga ada yang mengaitkan keluarganya, Ellie turut mempersoalkan bahagian manakah kenyatannya itu ada mengkritik mahupun mengutuk pengarah Mael Totey The Movie, iaitu Syahmi Sazli.
BACA: Berjaya Raih RM5 Juta, Ellie Suriati Kata Filem Mael Totey Tak Capai Standard
“Saya mengucapkan memuji kejayaan filem Mael Totey The Movie dari segi kutipan mencecah RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan menerusi Astro First. Saya akui, filem ini memiliki formula hingga berjaya, selain mempunyai kelompok pengikut.
“Bahagian mana yang saya kecam, kutuk dan kritik pengarah Mael Totey The Movie? Kenapa maki hamun, mencarut, sumpah seranah bagai langit nak runtuh kerana pendapat saya berkenaan filem ini? Nak kena saman baru puas hati ke?,” katanya kepada BH Online.
Tegas Ellie lagi, tidak adil dirinya dikecam seperti sampah hanya kerana pendapatnya itu tidak selaras dengan peminat tegar filem arahan YouTuber terkenal itu.
“Pendapat mereka adalah pendapat peminat tegar filem Mael Totey The Movie, manakala pendapat saya pula dari sudut pemain industri kreatif yang berkecimpung secara profesional lebih 20 tahun dalam tiga medium iaitu teater, televisyen dan filem.
“Pendapat peminat tegar dan pandangan pemain industri tidak boleh dibuat perbandingan. Saya adalah sosok pemain industri, bukan pengkritik. Saya juga penilai karya kreatif industri filem Malaysia.
“Pengalaman sebagai juri Anugerah Skrin TV3 (ASK) kategori filem selama beberapa tahun dan juri Festival Filem Malaysia (FFM) melayakkan saya memberi pendapat mengenai perfileman Malaysia.
“Saya juga penilai luar bagi peperiksaan tahun akhir pelajar Fakulti Seni Persembahan Universiti Malaya. Selebihnya tak perlulah saya beritahu,” katanya.
Tampil menjelaskan mesej sebenarnya itu, Elliet berkata pandangannya lebih menjurus kepada pembikinan sesebuah filem cereka. Ujarnya, tidak kira berapa besar kos penghasilan filem itu, aspek teknikal adalah perkara penting.
“Bagi sesebuah karya, perkara paling penting adalah sudut teknikal pembikinan filem cereka. Dalam erti kata lain, teknikal adalah indeks petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pembikinan.
“Andai proses pembikinan dari sudut teknikal tidak dilaksanakan dengan baik, kualiti filem pasti terjejas nilai paparan audio visual filem. Kerja teknikal penting untuk setiap genre pembikinan filem dalam dunia ini.
“Tidak kiralah penghasilan filem berskala besar, rendah atau Hollywood sekalipun. Asas dalam menghasilkan sesebuah karya filem adalah aspek teknikal pembikinan sesebuah filem cereka. Kena capai aspek teknikal ini dahulu sebelum menghasilkan filem,” katanya.
Dalam pada itu, Ellie turut menasihatkan kepada sesiapa yang mahu bergelar pengarah supaya mendalami ilmu pembikinan filem terlebih dahulu.
- SUMBER
- BH Online
Dia ni memang layak kena kecam. Apa sumbangan kau towards industri filem? Hebat sangat ke kau sampai kau boleh kutuk filem orang lain?
ala releks sudah, yg tgk pun orang2 yg low I.Q, jenis mudah terhibur, jenis yg senang depress. kalau bg cerita perang ke, cerita jenayah berat2 ke mesti otak jem terus. buat apa la nk lyn kecaman dr spesis mcm tu. baik duduk pikir jalan cerita berkualiti, yg boleh buka minda tapi rasa membazir je buat cerita berkualiti, tak ramai yg nk tgk sbb kalau I.Q rendah dia tak boleh hadam cerita kreatif dan complex. saranan teruskan je la lyn cerita2 mengarut, sampah dan mediocre. yang penting duit, kualiti tak ada makna. tu yg ramai2 suka beli produk timbang kilo dr produk clinical tested.
Standard la makcik oii….melayu…melayu…yg ko dok lalak dulu la yg kecam ko nyehhh….yg IQ sampah…level darjah 3 suku tak lepas…yg tgk cerita2 taeikk made in kelatey…..otak level pelakon dan pengarah nya jer lah yg tengok…kita layan Netflix RuPaul jer…IQ high Class
Oiii senyap la ko nenek mulut puaka…. Kalo mulut busuk elok sumbat taik dlm mulut… Kalo ko ckap mcm ko bagus sgt tapi macam taik, elok dikentutkan kat muka ko kasi hapak dan tengit sesuai ngan muko ko. Sian laki ko dpt bini sibuk hal org
i boleh lyn cite mail totey.. sbb cite dia clean… x risau nk tinggl kn ank2 tgk… perkataan dia tjaga…
biasa laa, kita cakap benda betul. movie tu tak kualiti pun, tapi jenis low iq senang terhibur suka sangat tengok. lawak pun entah apa apa jaa, lawak bodoh laa senang kata. bila kritik, semua koyak.
susah nk jumpa cerita melayu berkualiti, dlu ada gk senario lagi, lagi2 senario, gila2 pengantin, hati berpegang kristal, talentime dan pulang. pelakon tak la hensem tp jalan cerita dan dialog mmg cantik. tgk ulang2 pun still releven dan kelakar. bukan la nk patahkan semangat orang yg buat filem ni tp bila org bg pandangan terima dan adjust la. ni buat cerita lawak bodoh2 yg layak tyg kt youtube pastu acah2 taraf filem atau telemovie. taraf sinetron indon dan movie afrika selatan pun nk dibanggakan sgt sampai tak boleh terima teguran. mcm mn la negara asia lain nk kagum dengan filem malaysia. indonesia dan thailand pun dh maju, dh makin banyak filem berkualiti.
Ini pendpt aku sebagai penonton segala jenis movie x kira la bdk mael atau tahap steven spielberg..teknikal kalo mcm star wars sekali pun kalo penceritaan sesuatu production lemau, aku rasa x boleh gak. Paling ideal both part mantop. But jika cerita indie ni mnghiburkan boleh la kita bg peluang utk arah film yg lebih berkualiti dari segi teknikal. Mael pun harapnya akan dpt mningkatkan kualiti productionnya dan x rasa selesa dgn kejayaan ini.
Cakap siamg pandamg2.. Cakap mlm dengar2..kalau benda yg ada untung x pyh la nk sibuk..bila kena maki pandai nk saman..filem sendri pn bkn suam2..mmg sejuk beku..jd penting btlkn kain kita yg utama..awl tahun x silap yg melibat toutuber perlu ada lesen byr cukai bagai..tengok kt youtube masimg mengamuk..ape la
.otak ada..suka agak tengok juho org
tak ada yg perlu dihebohkan…
kaedah rezeki datang nya pelbagai
aspek teknikal utk menarik penonton dan filem laris…itu lah teknikal terbaik..kalau macam tu filem p.ramlee lagi rendah lah mutu nya yer…bangang dan dengki berpada pada…lah..