fbpx

Elle Thong Dikecam Tak Kenal Dolla, SMDX Mohon Maaf

Kumpulan SMDX memohon maaf kepada peminat Dolla selepas tular video salah seorang ahlinya iaitu Elle mendakwa dia tidak mengenali kumpulan popular itu.

Menerusi satu perkongsian, kumpulan SMDX membuat permohonan maaf kepada peminat Dolla yang tersinggung dengan kenyataan ahli mereka itu serta mengatakn Elle sememangnya tidak mengenali Dolla.

BACA: PU Syed Tegur Dolla, Pakai Baju Mencolok Mata

“Kami mahu meminta maaf kepada iDolla yang tersinggung dengan kenyataan daripada Elle. Tapi Elle betul-betul tidak mengenali Dolla,” katanya.

Sementara itu, SMDX berkata mereka berusaha memperkenalkan Dolla kepada Elle kerana mereka hormatkan kumpulan itu yang merupakan senior mereka dalam industri.

“Tapi kami sudah memperkenalkan Dolla kepada Elle kerana sememangnya kami yang lain sangat hormat kepada Dolla kerana mereka adalah senior dalam industri ini. Kami masih belajar, semoga kami diberikan peluang untuk terus berkarya,” katanya.