fbpx

Ella Dikritik Baju Macam Kena Belit Ular Sawa

Siapa tak kenal dengan Ratu Rock negara Ella. Suara emas yang dimiliki oleh Ella memang cukup dikenali dikalangan peminat muzik rock tempatan. Sekali dengar je boleh tahu suara Ella.

Kalau jadi penyanyi rock, imej pun kena nampak rock. Dari dulu memang imej rock Ella menjadi ikutan anak muda.

Namun penampilan Ella baru-baru ini ketika menjayakan konsert di Kuala Lumpur, menjadi perhatian ramai kerana dikatakan tidak kena dengan imej seorang penyanyi rock.

Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat turut meluahkan rasa kesal dengan gaya dan fesyen Ratu Rock, Ella yang dilihat seperti dibelit oleh ular sawa.

Kasihan tengok Ella, suka imej dahulu Ella

Hatta juga turut meninggalkan komen dalam salah satu gambar Ella ketika beraksi pada konsert Ella Live with the MPO, A Rock Queen Journey di Dewan Filharmonik Petronas pada awal Disember lalu.

Berdasarkan kapsyen di Instagram Ella, dress hitam dengan ropol metalik melingkar di bahagian dada yang digayakan oleh Ella pada konsert tersebut adalah rekaan jenama tempatan, Mimpi Kita.

Please jangan pakai getah rambut dekat badan..

Peminat setia Ella juga turut memberi komen tentang imej tersebut yang dikatakan tidak kena dengan imej rock penyanyi itu.

Ada juga yang meluahkan rasa rindu dengan imej lama Ella yang sering tampil santai dengan memakai kemeja putih dengan gaya rock.

Sumber: Instagram Ella & Oh Bulan