fbpx

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Dr Siew.

Memetik mStar Online, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata dia mengakui bimbang selepas menimang cahaya mata kerier seninya terjajas apatah lagi keluarga banyak bergantung harap padanya.

BACA: Elizabeth Tan Tak Sabar Nak Hamil Tahun Ini

“Saya sebenarnya nak sangat ada anak sebab takun ini saya 33 tahun. Saya tahu ia akan memberi kesan kepada kerjaya saya.

“Sejujurnya suami saya houseman dan pendapatan dia tak banyak sangat. Saya yang jaga dan tanggung banyak perkara, macam kedua ibu bapa saya, rumah dan kereta. Semuanya pada saya. Saya tak nak kecewakan semua orang tapi saya nak anak,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy mengakui agak tertekan kerana terlalu banyak berfikir namun dia percaya dengan perancangan Tuhan.

“Saya terlalu banyak berfikir itu yang buatkan saya tertekan tapi saya percaya semua perancangan Tuhan. Saya akan timang anak pada masa yang sesuai dan semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.