Elizabeth Tan Menangis Peminat Doa Dikurniakan Zuriat Pada Hari Arafah

Perkongsian seorang pengguna Threads menjadi perhatian apabila berkongsikan dia terdengar seorang lelaki mendoakan buat aktres Elizabeth Tan agar dikurniakan zuriat selepas solat di masjid.

Menerusi perkongsian itu, individu itu berkata dia turut sebak mendengar doa lelaki berkenaan yang penuh keikhlasan meskipun berbeza agama.

BACA: Amelia & Elizabeth Pakai Singlet Di Podcast, Netizen Tanya “Ini Sembang Ke Tayang Ketiak”

Sementara itu, individu itu turut berkata Elizabeth sangat bertuah kerana ada peminat yang mendoakan buat dirinya

“Semalam berbuka puasa kat masjid Putrajaya, selepas solat ada seorang lelaki sebelah saya ini doa untuk Elizabeth Tan, ‘kurniakanlah Elizabeth Tan anak..berikanlah kebahagiaan kepada dia..’

“Panjang doa tu, saya dengar pun sebak sebab doa dia ikhlas sangat walaupun mereka berlainan agama. Sungguh-sungguh dia minta.

“Dia doa perlahan sahaja tapi kami duduk rapat jadi saya dengar apa yang dia doa. Awak sangat bertuah Elizabeth sebab ada orang doakan awak,” katanya.

Hantaran individu itu turut mendapat perhatian Elizabeth yang mengatakan dia menangis membacanya serta sangat menghargai apa yang dilakukan oleh peminatnya itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Elizabeth sangat bertuah kerana doa tersebut dibaca pada Hari Arafah serta ramai yang mendoakan agar aktres berkenaan dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

Elizabeth dan suami, Siew Jim mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang zuriat.

×