fbpx

Elizabeth Tan Jawab Dakwaan Tidak Boleh Nyanyi Live

Baru setahun jagung dalam industri hiburan, macam macam tuduhan yang dilemparkan ke atas penyanyi muda ini. Dari khabar angin mengatakan dirinya pernah meniduri VIP sebelum ini sehinggalah yang terbaru timbul dakwaan beliau tidak boleh menyanyi live (secara langsung) pula.

Bercakap kepada Utusan Malaysia baru baru ini, Elizabeth Tan menerima kritikan & komen orang ramai secara terbuka namun biarlah kritikan yang dilemparkan itu tidak keterlaluan.

BACA: Elizabeth Tan Dikecam Fanatik K-pop, Hanya Kerana Nama Kelab Peminat

“Cuba bayangkan orang tuduh saya tak boleh menyanyi live! Memang perit untuk ditelan tetapi itu yang membuatkan saya bersemangat untuk memperbaiki kelemahan. Bagi saya orang boleh menilai tetapi biarlah komen tidak keterlaluan. Tapi saya okay, tak tersinggung pun,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Elizabeth Tan mengakui mengambil kelas latihan vokal bersama guru vokal Alwin Santiago untuk memperbaiki diri selain mengubah persepsi orang ramai yang meminati dirinya kerana cantik dan mampu menyanyi lagu bahasa Melayu sahaja.

“Saya mahu ubah persepsi itu. Bukan tak suka orang meminati diri sendiri tetapi lebih manis kalau mereka minat saya disebabkan kebolehan yang ada. Sebab itu saya berusaha untuk membuktikan yang saya juga mampu jadi seperti penyanyi lain,” tambahnya lagi. (rtky/m)