fbpx

Eleena Sui Syukur Tak Balik Kampung, Tak Perlu Jawab Soal Zuriat

Umum mengetahui susulan penularan COVID-19, kerajaan mengambil langkah drastik menghalang rakyat Malaysia pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri bagi memutuskan rantaian wabak tersebut.

Meskipun ramai yang meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat ziarah menziarahi sanak saudara seperti kebiasannya, namun tidak pula bagi pelakon dan pengacara Eleena Sui yang bersyukur dengan berita tersebut.

Eleena berkata pasti ada hikmah di atas apa yang berlaku kerana dia tidak perlu diasak dengan soalan mengenai zuriat daripada mak cik dan pak cik saudaranya.

https://www.instagram.com/p/CAMHYW0Dnv3/?utm_source=ig_embed

“Walaupun hati saya sedih bila mendengar berita mengenai tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman Raya kali ini.

“Namun jauh di suduh hati ini saya rasa bersyukur sangat sebab saya tidak perlu menjawab soalan berkaitan anak yang biasanya ditanya oleh makcik dan pakcik saudara. Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kara semangat semangat kepadanya, malah ada yang turut berkongsikan pengalaman yang sama.

Sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman pada tahun Februari 2017, pasangan itu masih belum lagi dikurniakan cahaya mata.