Pasti ramai tahu, doktor pakar kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, Dr Amalina Che Bakri selamat melahirkan cahaya mata sulung di Hospital St Thomas’, London dua minggu lalu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Dr Amalina turut mendedahkan wajah comel anak perempuannya yang diberi nama Arabella Mia.
BACA: Baru 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan-Jalan
Terbaru, perkongsian Dr Amalina menjadi perhatian apabila memuat naik mengenai amalan berpantangnya berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik.
Menerusi entri di Instagram itu, Dr Amalina berkongsikan lapan amalan yang boleh diamalkan buat mereka yang baru pertama kali bergelar ibu untuk dijadikan panduan.
Antara amalan dikongsikan iaitu mengamalkan cara pemakanan sihat dan tidak perlu berpantang telur mahupun ayam jika tiada alahan. Tulisnya lagi, ibu berpantang juga digalakkan minum banyak air kosong serta mengurangkan minuman manis.
Kongsikan lagi, ibu berpantang juga dilarang mengngkat barang yang lebih berat daripada bayi selama 6 minggu serta meningkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur.
Dr Amalina turut menasihatkan ibu bersalin secara normal tanpa komplikasi untuk memulakan senama ringan sebaik sahaja mereka bersedia.
Dr Amalina turut mengingatkan ibu berpantang perlu menjaga bahagian perineum dengan membasuh air dari depan ke belakang dan lap sehingga kering setiap hari dan jika bersalin C-section, bersihkan dan lap luka sehingga kering setiap hari.
Dalam perkongsian itu juga, Dr Amalina memberitahu supaya elakkkan hubungan seks bersama suami sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.