fbpx

Baru 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan-Jalan

Beberapa hari lalu, doktor pakar kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, Dr Amalina Che Bakri memaklumkan selamat melahirkan cahaya mata sulung di Hospital St. Thomas.

Menerusi satu entri, Dr Amalina berkongsikan berita gembira itu serta memuat naik gambar anak perempuannya yang diberi nama, Arabella Mia.

BACA: Dr Amalina Dedah Wajah Anak, Beri Nama Arabella Mia

Semalam, perkongsian Dr Amalina mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar bersama puteri kesayangannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Dalam foto tersebut, Dr Amalina dilihat sedang bersiar-siar bersama anaknya yang berada di dalam stroller sambil menikmati udara segar.

Melihatkan foto tersebut, apa yang menjadi perhatian ramai Dr Amalina dilihat sihat dan bertenaga meskipun baru saja 4 hari melahirkan cahaya mata.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengagumi Dr Amalina yang kuat untuk keluar rumah tanpa menunggu habis tempoh berpantang.

Kata netizen lagi, sebagai seorang doktor pasti Dr Amalina tahu tentang kesihatan dirinya dan tidak perlu sibuk bertanya sama ada dia berpantang atau tidak.

Dalam pada itu, ramai memuji Dr Amalina kelihatan cantik meskipun baru sahaja bersalin. Malah, ada segelintir wanita yang membandingkan diri mereka yang tidak terurus selepas bersalin.

Dr Nur Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles di Masjid Central London pada 31 Mac tahun lalu.