fbpx

EKSKLUSIF: Scha al Yahya Bercakap Tentang Perniagaan, Jepun & Kahwin

Saat anda membaca entri ringkas ini, kami sepasukan sedang dalam perjalanan ke Johor Bahrun untuk menyertai jelajah Festival Filem Malaysia (FFM) 2011. Doakan kami selamat pergi & balik.

Bercakap tentang pergi & balik, agak lama kami simpan video ini sebelum memutuskan hari ini merupakan masa terbaik untuk sajikan kepada anda semua — Jumaat yang di’sukai ramai.

Scha al-Yahya telah pun selamat pergi dan balik semula ke tanah air dari merakamkan program pelancongan bersama AirAsia X dan kekasih hati, Awal Ashaari di Korea Selatan.

Beberapa minggu lalu, ada segelintir media termasuk kami menyebut yang Scha al-Yahya & Awal Ashaari bakal berkahwin awal tahun hadapan — Scha al-Yahya sendiri jawab isu ini dalam video di’atas.

Scha al-Yahya turut bercakap tentang perniagaan kiosk beliau yang kini sudah masuk bulan kelima & juga pengalaman menjalani penggambaran di Jepun untuk drama bersiri Kelas Kau Maria. Enjoice!