Edika Yusof Sambut Hari Bapa Dengan Bekas Isteri

Perkongsian pelakon Edika Yusof menjadi perhatian apabila memuat naik video berada di sebuah restoran bersama keluarganya.

Menerusi hantaran itu, turut kelihatan bekas isterinya Hidayah serta anak-anak mereka dan Edika mengucapkan terima kasih kerana meraikannya sempena hari bapa.

BACA: “Saya Tiada Rekod Curang” – Edika ‘Hai’ Model Cantik Untuk Ajak Kolaborasi Produk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

“Mana-mana lelaki boleh menjadi bapa, tetapi memerlukan seseorang yang istimewa untuk menjadi seorang ayah. Buat keluarga saya tercinta, terima kasih untuk sambutan ini,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Edika ada memuat naik gambarnya bersama Hidayah dilihat kedua-duanya tersenyum.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat hubungan baik Edika dengan bekas isterinya serta ramai yang mendoakan agar mereka bersatu semula.

Rumah tangga Edika Yusof dan Nor Hidayah yang di bina selama 21 tahun berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada 5 Mei lalu.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

×