fbpx

“Duit Raya Seringgit Ke, Seratus Ke, Enjoy Je Lah”

Pelakon Diana Danielle berkata ramai yang masih tidak faham mengenai pemberian duit raya bukan satu kewajipan sebaliknya sebahagian daripada sedekah seikhlas hati.

Menerusi aplikasi X, Diana berkata mereka yang menerima duit raya sepatutnya bersyukur dengan apa saja nilai duit raya yang diberi dan ‘enjoy’ meraikan hari raya.

BACA: Diana Danielle Dedah Berat Badan Naik 15 Kg, Pembantu Rumah Pandai Masak

“Sekarang ni orang tak faham ke duit raya tu bukan wajib but a form of sedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang tu. 

“Seringgit ke seratus ringgit ke enjoy je lah the festive gesture, nak rasa entitled and judge sangat dah kenapa. Sampai kata kalau banyak ni baik tak payah bagi, apa ingat nafkah ke?” tulisnya.

Dalam pada itu, Diana turut berkongsikan dia bersyukur apabila masih menerima duit raya meskipun jumlah RM10 tetapi hatinya rasa berbunga.

“Lekla saya pun dapat RM10 dari my uncle haritu wah rasa berbunganyaaa lama tak dapat duit raya haha. Enjoy paham enjoy? Ni kerja tak puas hatiiii je manjang,” tulisnya.