“Duit & Kontrak Lagi Penting Dari Nyawa Manusia?” – Netizen

Umum mengetahui, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang berkerjasama dengan produk yang menyokong Zionis.

Menerusi satu senarai yang tular, ramai selebriti dan pempengaruh media sosial yang menjadi bualan ramai termasuk pelakon Nadhir Nasar.

BACA: Nadhir Nasar Dedah Pandai Berenang, Ramai Gadis ‘Sanggup’ Lemas

Dalam satu perkongsian di aplikasi X, Nadhir menjelaskan tindakannya itu disebabkan dia sudah menandatangani kontrak dengan beberapa jenama sebelum serangan berkenaan.

Menurut Nadhir lagi, jika dia menamatkan kontrak lebih awal dia bakal berdepan tindakan undang-undang yang memberi kesan kepadanya serta melibatkan banyak pihak lain.

Bagaimanapun, Nadhir berkata dia mengambil serius maklum balas orang ramai serta akan menganganinya dengan lebih berhati-hati selepas ini.

Dalam pada itu, Nadhir berkata dia juga akan menggunakan setiap media sosialnya untuk berkongsikan perkara positif serta memohon maaf di atas kekhilafannya.

Perkongsian Nadhir itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mempersoalkan adakah duit dan kontrak lebih penting daripada nyawa manusia kerana pasti ramai selebriti akan mengatakan perkara yang sama.

Dalam pada itu, ada yang mengucapkan terima kasih di atas penjelasan Nadhir itu serta memahami bahawa kontrak tersebut ditandatangan sebelum kempen boikot. Malah, ada yang memberikan cadangan wang yang diterima daripada jenama berkenaan disalurkan terus ke tabung sumbangan.

×