fbpx

Duit Gaji Cepat Habis? Don’t Worry, Boleh Guna Tips Jimatkan Duit Ini

Percaya atau tidak, benda pertama yang ditunggu-tunggu setiap bulan adalah gaji! Haha, setuju tak? Mana taknya, gaji lah penyelamat kita untuk menyelesaikan segala hutang iaitu bayaran rumah, kereta dan paling penting duit belanja untuk mak ayah kita tu.

Bukan tu je, perbelanjaan sehari-hari pun penting tau. Kalau tak pandai nak uruskan duit tu makanya hujung bulan nanti gigit jari je lah. Ada masa perbelanjaan akan lebih, menyebabkan perbelanjaan kita sehingga hujung bulan belum tentu cukup. Paling sadis, ada yang ‘terpaksa korek’ daripada akaun simpanan lain sebab duit dalam tangan tidak mencukupi. Fuh, penat mat!

Jangan gelabah gais, tips paling penting adalah kita kena pandai nak urus duit perbelanjaan kita tu. Mungkin anda boleh ikut tips jimat duit yang kami beri ni. Barulah hati tenang!

1. Buat Tabung Simpanan

Kredit imej: qoala

Anda boleh je buat tabung-tabung seperti di bawah ini untuk simpanan

a. Tabung 1 – Simpan duit RM1 sehari bila balik kerja. (RM365 setahun)
b. Tabung 2 – Jangan guna duit RM5 dan balik kerja simpan dalam tabung/sampul.
c. Tabung 3 – Simpan setiap minggu tambahan RM2 setiap minggu. Minggu 1 = RM2, Minggu 2 = RM4, Minggu 3, RM6, dan seterusnya. (RM2,756 setahun)

Jomlah cuba dulu gais.

2. Kurangkan Stok Makanan

Kredit imej: Hias.my

Sebelum anda nak pergi beli barangan runcit, apa kata anda list kan dulu baranga apa yang anda nak beli bagi mengelakkan pembelian barang yang tidak perlu. Kalau nak lagi jimat, anda boleh je order online bagi mengelakkan godaan barang-barang yang tak perlu nanti. Hehe.

3. Masak, Pek Makanan atau Makan di Rumah

Anda tahu tak membeli barangan runcit bernilai seminggu menyamai harga dua makan malam. Anda boleh cuba bawa bekal ke pejabat, elakkan makan di luar sebab kebanyakan masa kita adalah di pejabat, jadi dengan bawa bekal, kita boleh jimat banyak!

4. Buang Langganan Yang Tak Perlu

Haa, mesti anda ada melanggan pelbagai langganan seperti Netflix, Spotify dan banyak lagi kan. Adakah anda rasa anda perlu langgan rancangan TV seperti Astro/Netflix/IFLIX? Berapa jam sangat anda nak tengok TV dalam sehari kan. Dengan kerja lagi. Rugi gais. Dah ada TV percuma seperti TV1, TV2, TV3 tu, tengok je yang tu. Lagi jimat!

5. Shopping Produk Yang Berpatutan!

Kredit imej: tourism.gov.my

Siapa je yang tak suka shopping kan? Tipu sangat lah! Nak pula geng perempuan tu. Apa yang kami boleh cakapkan di sini, anda boleh je shopping tetapi untuk jimatkan duit anda, beli lah produk atau barang yang perlu dan ada promosi. Jadi tak ada lah nanti duit belanja tu cepat sangat keluar.

Sebagai contoh, anda boleh je beli semasa ada hari special macam Hari Kemerdekaan bulan ini. Selalunya banyak promosi berlaku semasa kita menyambut Hari Kemerdekaan. Bukan pergi kedai je, korang boleh scroll di smartphone anda tu. Banyak je sales yang ada dari pelbagai jenama.

Anda boleh usha juga produk promosi dari LG. Kalau anda tengah plan nak beli barangan elektrik baharu untuk ditambahkan ke rumah anda, atau mungkin nak buat pengubahsuaian ke, ambil peluang ini. At least dapat jimatkan dan kurangkan kos perbelanjaan anda tu.

Sangat Berbaloi!

Macam yang anda tahu juga, jenama LG ini menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk anda. Jadi sangat berbaloi untuk ada satu di rumah anda!

Peti Ais Instaview

Antara produk LG yang anda boleh grab adalah peti ais Instaview yang anda hanya perlu ketuk dua kali untuk lihat isi dalamnya tanpa harus kehilangan udara dinginnya dan mesin cuci TWINWash yang boleh selesaikan cucian anda dengan lebih cepat dengan membasuh dua muatan pada masa yang sama.

Mesin Cuci TWINWash

Kami tertarik betul dengan TV model 83″ OLEDC2 yang menjanjikan untuk menerangi dunia anda ini. Setiap piksel berkebolehan bercahaya sendiri, yang boleh dihidupkan serta dimatikan untuk mencapai warna hitam yang sempurna dan kontras yang tak terhingga. Asalnya berharga RM35,999, kini tinggal RM28,399 je dan anda juga dapat TNG kredit sebanyak RM1,500!

TV model 83″ OLEDC2

Bukan tu je, LG sound bar model S95QR yang menawarkan keunggulan, design yang unik dan mengujakan, pengalaman bunyi yang terbaru sambil memastikan bunyi yang mengasyikkan untuk pawagam rumah, musik dan permainan video kini tinggal RM3,999 sahaja! Syoknya!

LG sound bar model S95QR

Hah, buat anda yang mencari water purifier tu, anda boleh dapatkan model WD516AN – LG Puricare™ Self-Service Tankless Water Purifier dengan harga RM3,200 sahaja ataupun sewa dengan serendah RM60/bulan. Paling best, ada 2 tahun langganan penapis ataupun 7 tahun langganan penapis, khas untuk anda.

Bukan itu je, apa yang padunya water purifier ini, ia mempunyai fungsi auto sterilisasi. Dengan hanya satu sentuhan je anda boleh mensterilkan kedua-dua paip keluli tahan karat dalaman dan saluran keluar dengan air suhu tinggi 85°C serta dapat menyingkirkan 99.99% kuman!

LG Puricare™ Self-Service Tankless Water Purifier

Sistem ini secara automatik dapat mensterilkan paip keluli tahan karat dalaman sekali seminggu. Kalau anda nak buat lebih kerap pun boleh juga. Gempak gais. Sangat berbaloi ye untuk anda dapatkannya segera sementara dalam promosi ini.

Tebus eWallet Touch ’n Go Credit Sekarang!

Dah tak nak cakap banyak, anda boleh buat tebusan melalui eWallet Touch ’n Go Credit seperti di bawah untuk dapatkan lebih banyak promosi untuk produk LG:

Penebusan eWallet Touch ’n Go Credit

1. Tempoh penebusan eWallet Touch ’n Go Credit bermula dari 18 Julai 2022 hingga 31 Oktober 2022
2. Semua penyertaan yang layak mesti dihantar melalui https://www.lg.com/my/promotions/lgrewards dalam tarikh tamat tempoh 31hb Okt 2022 [23.59PM]
3. Penghantaran item penebusan akan disediakan pada November 2022 dan seterusnya
4. eWallet Credit akan dibuat melalui “kredit terus” ke dalam akaun Touch ‘n Go eWallet pelanggan semasa penyerahan penyertaan.
5. Semua penyertaan hendaklah dilampirkan dengan HANYA INVOIS atau BIL TUNAI dan berikan nombor siri produk yang sah dan gambar nombor siri dalam borang penebusan. Pesanan Jualan, Pesanan Belian dan Pesanan Penghantaran adalah tidak dibenarkan sama sekali
6. Semua penebusan hendaklah dihantar melalui portal dalam talian sahaja
7. Sebarang penjelasan atau pertanyaan tentang penyerahan seperti kegagalan penyerahan, nombor siri tidak sah atau model ganjaran yang hilang, sila e-mel ke [email protected]

Bagaimana gais? On tak on tips yang kami berikan di atas tu. Diharapkan perkongsian cara jimat duit ini akan memudahkan lagi urusan anda ye. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!