Pelawak Man Raja Lawak berkongsikan pesanan tenang kehidupan bahawa hidup sederhana membuatkan hati tenang serta permudahkan urusan orang lain.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Man berkata banyak mana pun harta pasti akan habis namun kita tidak tahu bila usia seseorang akan berakhir.
BACA: Man Raja Lawak Tak Akan Terima Pelawaan Sepahtu Reunion Lagi
@whitv3malaysia_official Min suka dengan ayat ni ‘Duit pasti akan habis tapi umur kita tak tahu bila habis’ #whitv3 #fyp #hidup
“Saya rasa untuk hati tenang, kita kena permudahkan urusan orang lain.
“Kalau kita nak kaya, kita kena hidup bersederhana. Duit banyak macam mana pun akan habis, yang kita tak tahu umur kita,” katanya.
Tambah Man lagi, nikmatilah hidup sementara masih diberikan peluang di muka bumi ini.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan kenyataan tersebut untuk bersederhana dalam segala hal.