DSV Tunjuk Michael Ang Tumbler Mewah RM7,000

Perkongsian terbaru usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bersama pengarah terkenal, Michael Ang.

Menerusi video itu, Vida dilihat sedang menunjukkan tumbler jenama mewah miliknya berharga ribuan ringgit kepada Michael.

BACA: Kedai Boba Cik B Disihir, DSV Tebang Pokok Pisang Pukul 3 Pagi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

“Michael Ang tak puas hati DSV beli tumbler RM7000,00. Time to show off, bukan senang DSV nak tunjuk barang rare dia beli tau,” tulisnya.

Menurut Vida lagi, model berkenaan hanya ada satu unit sahaja di Malaysia dah sudah lima bulan dia membelinya.

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat gelagat kedua mereka itu. Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan Vida dan Michael dilihat sesuai dan sepadan serta ada yang mendoakan agar mereka berjodohan.

×