fbpx

DSV Luah Rasa Kecewa Tidak Dibenarkan Bercakap

Kebiasaannya pihak yang menaja pastinya rancak mempromosikan produk mereka di sesebuah rancangan, tetapi berlainan pula dengan situasi Datuk Seri Vida semalam. Walaupun hadir sebagai penaja utama di sidang media program Gegar Vaganza musim keempat terbitan Astro, Vida mendakwa beliau tidak diberikan peluang untuk bercakap.

BACA: DSV Lancarkan Muzik Video Bernilai RM1 Juta

“Tak panggil saya cakap sepatah pun. Saya tak puas hati, pengajur lain yang saya taja pun bagi bercakap mengenai produk sendiri. Satu nama pun tak sebut. Saya taulah sidang media. Ini bukan publisiti murahan tetapi betul. Saya dah tunggu, belum apa-apa dah buat hal. Takut saya naik buang masa peserta ke,” katanya di Instagram.

Menerusi Instagram, Vida memuat naik sebuah video seolah luahan rasa tidak puas hatinya terhadap syarikat penyiaran terbabit yang tidak memberikan masa untuk beliau bercakap bagi mempromosikan produknya ketika sidang media program tersebut semalam. Dalam video itu juga, Vida seolah hampir menangis kerana terlalu kecewa dengan tindakan itu.

Malah Vida juga menegaskan bahawa video luahannya itu bukanlah sekadar gimik untuk program berkenaan tetapi perasaan sebenarnya yang terlalu terkilan selepas berhabis jutaan ringgit menaja program tersebut tetapi tiada produk dapat dipromosikan. Berikutan video itu, ruangan komen usahawan itu dipenuhi dengan sokongan peminat yang turut bengang.

Kesian sungguh dengan Datuk Vida, sudahlah dah habis jutaan ringgit, bercakap pun tidak diberikan. Sebagai penaja dan ahli perniagaan, pastinya Datuk Vida kecewa kerana hasil pelaburan yang dilakukan tidak mendatangkan untung buatnya. Diharap Vida bersabar dengan dugaan ini. (rtky/w)