fbpx

DSV Rasa Segar & Muda Sambung Master Di London

Rupanya, usahawan sensasi Datuk Seri Vida kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan di London Examination Board.

Vida sering dilihat menghabiskan masa di London bukannya bercuti  sebaliknya menyambung pengajian untuk tempoh setahun.

BACA: “Kontraktor Enjoy Makan Duit Dulu, Kerja Tak Siap” – DSV

Memetik mStar Online, Vida berkata dia banyak belajar perkara baru tentang dunia pemasaran. Malah, Vida berkata dia rasa lebih segar dan muda apabila kembali bergelar pelajar.

“Alhamdulillah sangat seronok menuntut ilmu disini, banyak belajar perkara baru tentang ilmu perniagaan dan pemasaran. Malah sejak sambung belajar saya rasa lebih segar dan muda.

“Saya ambil jurusan pengurusan dan perniagaan untuk master setahun dan lepas ini akan sambung PhD pula,” katanya.

Sementara itu, Vida menyangkal dakwaan dia hanya bercuti ke luar negara sebalaiknya pelajaran adalah nombor satu.  Dalam masa sama dia dapat bertemu dengan anaknya, Cik B yang kini menyambung pengajian di  Barcelona, Sepanyol.

“Ada yang kata saya cuma nak berjalan-jalan tapi sebenarnya tidak. Saya sambung belajar kerana mahu naik taraf ilmu yang ada kerana ilmu ini kena sentiasa tuntut.  Lagi pun belajar di London ni dekat dengan Cik B jadi terubat rindu bila tak berjumpa,” katanya.

Menurut Vida lagi, sepanjang dia berada di luar negara anak lelakinya iaitu Kacak yang akan menguruskan semua urusan perniagaan di Malaysia.

SUMBER: mStar Online