DSV Nekad Teruskan Saman Malu Terhadap Azwan Ali
Meskipun Azwan Ali sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka pada 11 Februari lalu, namun usahawan kosmetik Datuk Seri Vida tetap akan menfailkan saman terhadap pengacara sensasi itu.
Menurut Vida, dia nekad untuk meneruskan saman kerana bukan sahaja maruahnya tercalar tetapi terguris dengan penghinaannya yang disifatkan melampau yang menyentuh kejadian dua arwah anak lelakinya.
BACA:
“Memang sudah mohon maaf tapi apabila satu jam lebih buat sidang media, saya rasa kemaafan hari itu itu telah membakar lagi hati saya. Hati saya makin terguris dan tercalar.
“Tambah lagi bila kait dengan kematian anak saya. Mengaibkan bila dikaitkan dengan rentung, sakit hati saya dengan perkataan rentung tu. Anak saya tak rentung la, berapa kali saya nak cakap. Mereka lemas asap berpelukan dalam bilik air menunggu diselamatkan.
“Tiga bulan saya terlantar sebab kejadian berkenaan. Video berita tentang kematian anak saya pun saya tak mampu nak tengok,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, peguam Vida menjelaskan saman yang difailkan bukan untuk menuntut ganti rugi tetapi membaiki reputasi anak guamnya yang telah dicalarkan oleh Azwan.
Terdahulu, Azwan dikatakan menghina kematian dua anaknya yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu serta didakwa menghina fizikal anak perempuannya, Cik B.
Difahamkan, Azwan berbuat demikian akibat tidak berpuas hati dan mendakwa Vida tidak membayarnya setelah membuat kemunculan di sebuah acara yang dianjurkan usahawan itu.
- SUMBER
- Astro Gempak
saman je tok….biar dia tahu sket dimana level nyeee.
Mana?? Xder pun ..
Sama je ko Dua ekor .. najis mulagazah betul
Hang , pondan n ponen tu sama sama taik …paham …
Sampah masyarakat saja …
Money cannot buy class….
Aku pun nak saman ko.asik tergedik2 terjerit2.emosi aku pun terganggu dgr pekikan ko.
VIDA vs DIVA.
Kak Aisyah & I layan popcorn….
See my level…
Kawin jela hangpa 2..nk brgaduh watpa?
Jutawan yg ada masalah hati. Sila bersihkan hati masing masing.