DSV Nak Taja Yassin Senario Buat Gigi Baru
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida meluahkan hasratnya untuk menaja pelawak dan bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-8, Yassin dengan membuat gigi baharu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Vida menerusi komen di satu hantaran di Instagram Gempak baru-baru ini. Vida berkata dia mahu Yassin lebih yakin apabila memiliki gigi yang cantik.
BACA: DSV Tak Tolak Kalau Bercinta Dengan Shuib
Menerusi komen berkenaan, Vida juga berkata bukan niatnya untuk menumpang populariti namun sayang pelawak itu masih muda tetapi tidak ada gigi.
“Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa. Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome ada gigi penuh,” tulisnya.
Bagaimanapun, lain pula pendapat netizen yang mengatakan usahawan itu sengaja mahu menumpang populariti dan glamor. Kata netizen, boleh sahaja terus hubungi Yasin daripada tinggalkan komen.
Baru-baru ini, tular video isteri Yassin yang menjadi perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji kecantikan isteri pelawak itu yang dikatakan seiras Janna Nick.
- SUMBER
- Astro Gempak
Yassin tu bkn xde duit kalo betul nk bantu cari le org yg betul2 perlukan.
Lah dsv nak menempel yasin plak ker. Slth direject shuib. Hahaha. Try la dsv klo2 bleh bermadu.
Haritu dengar Yassin ngaji kat Geng Ngaji, sedap giler. Kalau ada gigi cantik, ada guru ajar taranum memang rasanya perfect sangat. Gigi ni memang main peranan nak ngaji jadi lebih perfect.
Tapi serius, Yassin mengaji sedap.
Alahai buat gigi x le mahal sgt..klau yassin tu nk da lama dia buat..ni sama ada mmg x nk buat atau dia takut nk buat tu aje..bkn sb xde duit smpai buat gigi pun nk di taja..da yassin katakan TIDAK kpd datuk vida tu hokkey
Makin lama makin ramai org kayo yg giler
Layan lah rani kulop dia kepingin berkenal mesra dgn DSV. X kenal maka x cinta.
Bila yassin dah pasang gigi nanti mokcik ni akan kata yassin adalah lelaki yg sesuai utk dijadikan suami. Baik ko takde gigi yassin.
mkin mymph tengok mcik ni, ada je dimane2. Smcm..eeee
Sindrom memghampiri menopause gitu laaa
rsenye dsv boleh dm terus yassin..bkn dimedia sosial…
yela tnpe viral sape la minachi ni….
dia ni mmg dari dulu tak reti nak contact direct utk apa2 sumbangan. semua “mintak tolong” netizen utk sampaikan hasrat suci murni dia. sesia je ada byk duit, ada PA pun tak reti carik. ..
Please tengok diri sendiri dalam cermin.
Sibuk nak betulkan muka orang…muka sendiri tu perfect sangat ke?
Samdol Bahalol bethol.
Pantang ada cerita hot. Nak menempel je gossip orang. Sedeeeh!!!