Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai trend jual beli cedok yang menjadi ikutan peniaga mempromosikan barangan di aplikasi TikTok yang didakwa hukumnya haram.
Kaedah jual beli cedok ini dimana peniaga mencampurkan pelbagai jenis barang dan digaulkan sebelum dicedok secara rawak serta menetapkan harga tertentu.
BACA: DSV Tunjuk Michael Ang Tumbler Mewah RM7,000
Trend itu juga turut dilakukan oleh usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida yang juga sering berkongsikan aktiviti ‘cedok’ barangan kosmetik keluarannya.
Memetik mStar Online, Vida bagaimanapun berkata aktiviti cedok yang dilakukannya tidak meragukan kerana memberi keuntungan kepada pelanggan dan ianya berbeza dengan peniaga lain.
View this post on Instagram
“Pada saya cedok-cedok ni yang kata gharar tu, pada saya punya sahajalah kalau pelanggan beli, tidak akan merugikan dia.
“Pelanggan saya takkan rugi melainkan akan untung sebab saya beri barang yang nilainya lebih dari apa yang dibayar dan lebih daripada apa yang saya promokan.
“Maksudnya dalam mencedok tu saya bagi lebih dan kalau saya offer di platform lain tak sama dan siapa yang selalu tengok live saya itu adalah giveaway saya kepada peminat sayalah,” katanya.
Jelas Vida lagi, urusan jual beli cedok yang dilakukannya mempunyai unsur akad dimana persetujuan antara kedua belah pihak.
“Pada saya niat dan saya akad, okay apa yang bagi ni setuju tak… dan saya bagi tu lebih daripada harga sebenar dan tiada istilah haram pada saya kerana bagi saya ia cedok yang patuh syariah,” katanya.
Sebelum ini, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memberi teguran mengenai cara ‘cedok’ itu yang disifatkan perlu menjaga halal dan haram dalam perniagaan kerana ia mempunyai unsur-unsur gharar (keraguan).