fbpx

Drama Makin Popular, Tunang Remy Ishak Jadi Viral

Mesti ramai sekarang ni tengah demam dengan drama, ‘Kekasih Paksa Rela’ lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa.

Mana tidaknya, lakonan Remy Ishak dalam drama tersebut memang buat ramai wanita cair dan ‘bersemut’.

Umum mengetahui, Remy sudah pun mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya iaitu Ezza Yusof, pengasas 2morrowbridestory pada bulan Mei tahun lalu.

Baru-baru ini, tunang Remy Ishak menjadi perhatian di media sosial apabila ada pihak yang tidak bertangungjawab menyebarkan dakwaan bahawa Ezza pernah berkahwin dan sudah pun mempunyai anak. Bila dah popular, ada je pihak yang nak ambil kesempatan.

Namun, Ezza menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan dia belum pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak seperti yang dikhabarkan. Sering memuat naik gambar bersama seorang bayi lelaki, itu adalah anak saudaranya.

Sejak drama tersebut popular, Ramai la wanita di luar sana makan hati tengok tunang Remy Ishak. Memang cantik orangnya. Rata-rata netizen menyatakan pasangan ini memang sama cantik sama padan.

Ada juga yang bertanyakan kepada Ezza sama ada timbul atau tidak perasaan cemburu melihat lakonan mesra Remy bersama Intan Najuwa.

Instagram: Ezza Yusof