Tiada angin tiada rebut hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim didakwa berdepan masalah.
Malah, Dr Jezamine sudah pun memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan kes itu bakal disebut dalam masa terdekat.
BACA: “Kalau Tak Nak Upload, Kenapa Bagi ‘Final Version’ Pada Pelakon?” – Harith Iskander
Memetik mStar Online, Dr Jezamine mengesahkan perkara itu dan dia memfailkan permohonan cerai pada bulan Jun lalu namun belum bersedia mengulas lanjut isu rumah tangganya itu.
“Betul saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu. Saya belum ada sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” katanya.
Terdahulu, Dr Jezamine bergambar di hadapan dewan mahkamah lengkap berjubah dan bertudung ditemani peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir.
Untuk rekod, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
SUMBER: mStar Online