fbpx

Pelakon Azri Iskandar mendedahkan dia dengan wanita misteri dikenali sebagai Dr Azra sudah tidak berjumpa sejak lebih setahun lalu dan hubungan mereka semakin renggang.

Memetik Astro Gempak, Azri menegaskan Dr Azra sememangnya wujud namun belum bersedia muncul di khalayak ramai. 

BACA: Hubungan Dengan Dr Azra Renggang, Azri Iskandar Sedang Kenali Wanita Lain

Namun, Azri mendedahkan Azra bakal membuat kemunculan apabila bersetuju untuk membintangi sebuah filem dengan bayaran RM500,000 dan wanita itu sedang berlatih Muay Thai.

“Bulan Disember ini dia akan mula berlakon dan sedang berlatih Muay Thai untuk filem itu. Korang boleh tengok dia masa pelancaran nanti.

“Dia merupakan panel skrip dan berlakon. Dia pandai bawa superbike sebab itu dapat tawaran itu. Dia akan dibayar dengan harga RM500,000.

“Pada mulanya dia tolak sebab tak nak berlakon, tapi produskdi mampu bayar. Jadi dia tengah pucatlah tu. Sekarang tengah berlatih dan badan susut sikit,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun sudah setahun tidak berjumpa dengan kekasihnya itu kerana masing-masing sibuk namun Azri berkata dia yakin dengan Dr Azra.

“Dia bukan tak nak jumpa tapi sibuk dan kena outstation jauh-jauh sampai ke Sepang dan Perak untuk projek dokumentari.

“ Untuk ke fasa seterusnya tengok keadaan dulu macam mana, saya nak betulkan keadaan. Pastikan dulu hubungan kami berdua betul-betul okay,” katanya.