“Doakan Moga Saya Bertudung Labuh Macam Ni…”

Tampil dengan imej terbaru yang lebih langsing, pelakon dan pengacara Zulin Aziz sering menjadi perhatian terutama bagi peminatnya di media sosial. Malah, rata-rata mereka mengagumi perubahan mendadak Zulin yang dilihat semakin cantik.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Zulin dilihat ada memuat naik fotonya bertudung penuh menutup dada mempromosikan sebuah jenama tudung bawal.

BACA: Netizen Pertikai Zulin Aziz Mula Jual Produk Kurus

Namun apa yang menjadi perhatian ramai, Zulin memohon doa orang ramai agar suatu hari dia dapat mengenakan tudung labuh seperti itu yang mengikut syariah Islam serta menjadi muslimah yang lebih baik.

Perkongsian Zulin itu mendapat reaksi positif di kalangan netizen yang mendoakan niat baiknya itu. Kata netizen, walaupun bertudung labuh Zulin tetap kelihatan cantik dan manis.

Dalam pada itu, ramai yang berharap agar Zulin akan terus istiqamah jika suatu hari nanti terbuka hati untuk bertudung labuh supaya akan dapat menjadi ikutan ramai wanita nanti.

×