fbpx

“Doakan Mana Tahu Ada Rezeki Anak PKP”

Pejam celik usia perkahwinan Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin sudah pun memasuki tujuh tahun. Menyambut ulang tahun perkahwinan hari ini, lebih istimewa tarikh 2 Jun juga merupakan tarikh lahir Izzue.

Bagaimanapun, Izzue berkata sambutan tahun ini disambut dengan sederhana dan hanya makan-makan di rumah sahaja. Ujarnya, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia dan isteri banyak menghabiskan masa bersama dan berehat.

BACA: Awin Nurin Dituduh Guna Bomoh Pikat Izzue Islam

“Tahun ni lain sikit. Sambutan yang dibuat sederhana sahaja kerana kami masih tidak pasti untuk makan di luar. Jadi kami order makanan, dan makan di rumah sahaja.

“Lagipun berbulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan membuatkan kami sentiasa bersama di rumah. Buat video, bergaduh, bergurau, berbual, jadi macam tak perlu nak buat surprise seperti saban tahun kami lakukan.

“PKP ni memang kami betul-betul rehat dan betul-betul bersama. Doakan mana tahu kalau-kalau ada rezeki anak PKP,” katanya kepada Astro Gempak.

Sebelum ini merancang untuk membuat rawatan IVF, bagaimanapun hasrat mereka itu perlu ditangguhkan kerana PKP.

“Rancangnya nak buat proses rawatan IV tu pada tahun ni, tapi nampaknya kena tunggu dululah sebab PKP. Tapi kami tetap gembira kerana kami sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya.

November tahun lalu, Izzue berkongsikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantunya dan isteri untuk mendapatkan zuriat.