“Doakan Kesihatan Saya” – Dafi Nafi Hidap Kanser Darah

Pelakon dan penyanyi Dafi tampil memberikan respon mengenai dakwaan mengatakan dirinya menghidap kanser darah.

Memetik Oh Bulan, Dafi memohon orang ramai mendoakan kesihatannya serta mengucapkan terima kasih kerana ramai yang bimbang mengenai dirinya.

BACA: “Ayah Alami Tekanan Darah Tinggi, Keadaannya Stabil” – Dafi 

“Sebelum ini kecoh saya ambil bahan terlarang sebab terlalu kurus, sekarang berat dah naik sikit apa lagi orang nak cakap.  Kalau ada yang rasa saya sakit, doa-doakan kesihatan saya. Buat masa sekarang saya tiada apa nak beritahu.

“Sekarang semakin sihat, semakin bulat. Tiada apa yang merisaukan, setakat ini alhamdulillah tetapi teruskan doa saya sihat.

“Saya bersyukur dan berterima kasih ramai yang risau dan bimbang dengan saya. Doakan kesihatan saya terus baik,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan dirinya sering ke hospital, Dafi berkata kerana untuk melawat ahli keluarga yang sedang sakit serta melakukan pemeriksaan kesihatan memandangkan dia menghidap asma.

“Pergi ke hospital itu normal, kadang-kadang ada saudara-mara masuk sana atau kawan-kawan yang buat pemeriksaan kesihatan.

“Saya sendiri tidak sihat, ada asma. Jadi, untuk ke hospital bukan satu benda yang pelik. Secara general, saya pergi hospital buat pemeriksaan kesihatan, itu pun setahun sekali,” katanya.

SUMBER:HarianMetro,   Oh Bulan

×