fbpx

DJ Lin Belum Sedia Jumpa Tyzo

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berkata dia belum bersedia untuk bertemu empat mata dengan bekas penyampai radio stesen tersebut, Tyzo Xander.

Dalam sidang media baru-baru ini, DJ Lin berkata segala urusan hanya perlu melalui pengurusan tertinggi.

BACA: Tyzo Minta Sambung Kontrak 6 Bulan Saja, DJ Lin Jadi Mangsa

“Kalau dia nak berurusan pun biarlah Tyzo dan pihak pengurusan Suria FM saja, bukan dengan saya,” katanya.

Sementara itu, DJ Lin menafikan tuduhan netizen mengatakan dia dengki dengan kejayaan Tyzo dalam kategori Penyampai Radio APBBH35 tahun lalu sebaliknya dia ada mengucapkan tahniah kepada Tyzo.

“Saya rasa dengki tu tak ada. Dalam menentukan barisan nama bukan keputusan saya seorang. Segala keputusan dibuat oleh pengurusan tertinggi.

“Selepas berakhir anugerah itu saya mengaahkan staf saya untuk mempromosikan kejayaan Tyzo di media sosial kerana kami amat bangga dengan hasil kejayaan produk kelahiran Suria FM.

“Malah saya ada minta kakitangan menganjurkan majlis kejutan sempena kejayaannya buktinya masih ada di media sosial Suria FM.

“Selain itu, saya masih menyimpan ucapan kejayaan kepada Tyzo yang memenangi anugerah itu saya tak padam lagi,” katanya.