Seorang netizen tampil mendakwa bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal hamil sebelum mendirikan rumah tangga.
Menerusi perkongsian di X, individu itu turut mendakwa Syasya mengambil keputusan keluar dari kumpulan Dolla selepas disahkan hamil.
BACA: Syasya Mudah Rasa Sunyi Sejak Hamil, Boleh Menangis Hanya Sebab Hal Kecil
“Jadi, Syasya mengandung semasa dia meninggalkan Dolla. Dan perlu mengahwini ayah kepada bayi tersebut,”dakwa individu itu.
Tidak hanya berdiam diri, Syasya membalas ciapan netizen itu susulan fitnah berkenaan.
Terdahulu, Syasya dan suaminya, Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.