fbpx

Dituduh Duit Tak Berkat, Kak KM Mengamuk Ditegur Pendakwah

Semalam hangat diperkatakan apabila seorang pendakwab bebas berkata sudah beberapa kali memberi teguran kepada usahawan dan anak pelakon veteran, Normah Damanhuri iaitu Kak KM.

Pendakwah berkenaan turut menyentuh mengenai soal perniagaannya dimana jika perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa, rezeki yang dimiliki tidak berkat.

BACA: PU Syed Dah Puas Tegur Kak KM, Hanya Mampu Berdoa

Memetik laporan mStar Online, Kak KM meluahkan rasa berang apabila pendakwah tersebut mengaitkan sentimen agama dengan perniagaannya serta memberi amaran jangan mengambil kerja tuhan.

“Kau jangan ambil kerja tuhan dan ini aku dah cakap banyak kali, bukan nak kurang ajar… aku tak takut nak cakap dengan kau, kalau kau nak datang face to face dengan aku, aku tak takut!

“Kau dah menilai orang, kau nak cakap aku ni pendosa, duit tak berkat.. kau kalau betul, tegur cara baik bukan memalukan macam tu. Semua orang baca, nak orang pandang kau apa? Mulia?,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia boleh menerima teguran dengan hati terbuka namun bukan seperti yang dilakukan oleh pendakwah berkenaan yang disifatkan kurang ajar.

“Kak KM ni orang biasa.. kita boleh terima teguran ke, nasihat. Tapi bukanlah kau nasihat aku, aku nak terus pakai pakai tudung, sorry beb! Melainkan kita tersedar, dapat hidayah. Lagipun tengok cara tegur. Kalau kurang ajar macam tadi tu (pendakwah), kau jumpa depan-depan aku pun.. aku takkan hormat kau.

“Kak KM tak kisah pun apa orang nak fikir, dah lali selama enam tahun berniaga. Aku tak pernah peduli apa orang nak cakap, kita tahu apa kita buat. Kak KM dibesarkan dengan ilmu, kita tahu semua.. mengaji, solat, sekolah agama,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi satu perkongsian di Instagram, pendakwah berkenaan memaklumkan sering disebut (tag) oleh netizen di media sosial mengenai Kak KM.