Wabak COVID-19 yang menular sememangnya telah mencetus mimpi ngeri di kalangan masyarakat dan menimbulkan kesedaran mengenai kewujudan virus serta bakteria di sekeliling anda yang akan mengancam kesihatan tanpa sedar. Jadi, untuk memastikan kita semua sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan yang bersih serta selamat, servis nyah kuman amatlah penting.
Bercakap mengenai nyah kuman ada 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum anda membasmi kuman di rumah mahupun di premis perniagaan. Antara 5 perkara yang perlu anda titik beratkan adalah:
1. Perbezaan Antara Cucian Dan Disinfeksi
Bagi anda yang belum tahu cucian adalah proses pembersihan secara fizikal dan mekanikal terhadap sesuatu permukaan. Aktiviti mencuci dengan menggunakan air dan sabun dengan cara mengelap, menggosok dan memberus akan memisahkan habuk, debu serta kotoran yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Secara kasarnya proses cucian ini boleh membersihkan sesuatu dengan baik secara fizikal tetapi tidak dapat membasmi virus.
Manakala disinfeksi yang dikenali sebagai nyah kuman adalah proses membunuh atau menyah-aktifkan virus serta bakteria yang berpotensi mendatangkan jangkitan kepada manusia.
2. Pilih Disinfektan Yang Berkesan
Kebiasaannya disinfektan yang anda lihat di pasaran kebanyakan adalah detergen, peluntur atau disinfektan yang mengandungi alkohol, tetapi produk ini semuanya menjengkelkan dan akan menghakis.
Oleh itu, anda harus memilih disinfektan yang mempunyai pH rendah, tidak menjengkelkan, tidak mudah terbakar, selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan serta boleh membunuh 99.9% bakteria dan virus.
3. Tempat Yang Wajib Lakukan Disinfeksi
Okey! Ini part paling penting yang anda perlu tahu. Antara tempat yang wajib anda disinfeksi adalah tempat tumpuan ramai. Ini semua disebabkan mikroorganisma patogen, kekotoran, bakteria dan virus merebak dengan mudah melalui sentuhan.
Misalnya suis, pemegang pintu, butang lif, pegangan tangga, alat kawalan jauh, komputer meja, papan kekunci komputer, dan permukaan lain yang sering disentuh perlu dilakukan pembasmian kuman yang kerap. Bakteria dan virus yang membawa penyakit akan hinggap di permukaan objek ini melalui penyebaran udara.
4. Langkah Perlindungan Semasa Menjalankan Disinfeksi
Sebelum anda melakukan disinfeksi, anda haruslah mencuci tangan terlebih dahulu untuk memastikan kebersihan anda terjamin. Pakai topeng dan sarung tangan sebelum menjalankan pembasmian kuman untuk mengelakkan sentuhan langsung dengan solusi pembasmian kuman pada kulit tangan anda.
Setelah pembasmian kuman selesai, solusi pembasmi kuman yang tinggal mesti dikendalikan dan disimpan dengan cara yang betul. Jangan sekali-kali mencampurkan pelbagai jenis desinfektan sesuka hati, jika tidak apabila tindak balas kimia berlaku, anda akan terkena racun.
5. Kekerapan Untuk Melakukan Disinfeksi
Kaedah terbaik ialah membasmi kuman secara berkala. Menurut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tempat berisiko tinggi seperti hospital, klinik, sekolah, kedai, pejabat dan tempat lain dengan aliran orang yang tinggi harus selalu dibasmi kuman. Mengenai seberapa kerap pembasmian kuman, ia bergantung kepada sama ada pejabat anda mempunyai pengunjung yang ramai setiap hari.
Semua Ini Perlu Tapi Ada Cara Lebih Mudah Untuk Anda Kekal Bersih
Daripada meluangkan masa untuk siapkan semua ini sendiri, dan kemudian tidak pasti sama ada anda mengikuti prosedur pembasmian kuman yang betul atau tak. Lebih baik anda memilih perkhidmatan pembasmian kuman yang profesional!
Setelah membandingkan beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembasmian kuman, kami mendapati bahawa perkhidmatan WonderKlean cukup selamat, cekap dan berpatutan.
Sekiranya anda belum tahu syarikat pembasmian kuman yang mana untuk membersih kawasan anda. Kami sarankan perkhidmatan dari WonderKlean!
Pasukan Servis Pembasmian Bakteria dan Virus WonderKlean terdiri daripada pakar servis CUCKOO HEALTHY HOME terlatih, profesional, teliti serta mampu menjalankan tugas mengikut prosedur ketat yang telah ditetapkan.
Bukan itu sahaja, untuk menjaminkan lagi keselamatan anda, WonderKlean juga menggunakan penyembur mikron yang mengeluarkan wap mikrometer dengan titisan yang memenuhi keperluan membasmi virus secara berkesan. Penyemburan
wap akan meliputi permukaan dengan sempurna sehingga ke setiap bucu dan permukaan.
Tablet pembasmian terlarut air yang digunakan oleh WonderKlean adalah 50-80 kali ganda lebih berkesan berbanding dengan keupayaan pembasmian virus dan bakteria pada agen peluntur, namun pada kadar pH antara 5-6, kurang menghakis serta tidak memberikan kesan sampingan buat golongan dewasa, kanak-kanak mahupun haiwan. Ia juga mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekaligus dapat menghapuskan 99.9% bakteria dan virus, bebas daripada alkohol serta kalis api, menjadikannya pilihan yang paling selamat untuk digunakan di ruangan yang tertutup.
Ini Antara Kelebihan WonderKlean Yang Perlu Anda Tahu
Bahan semburan yang digunakan juga mudah kering, tanpa bau atau kesan yang
tidak menyelesakan. Jadi inilah pilihan yang paling sesuai untuk anda dan keluarga
anda.
Pakej Harga Yang Berbaloi-baloi
Sebagai tambahan kepada kelebihan memilih pakej superior, pengguna juga boleh memilih untuk gabungkan pakej bagi menikmati penjimatan. Misalnya, bagi kawasan seluas 10,000 k.p.s., pengguna boleh mengambil 2 pakej superior dan digandingkan dengan 1 pakej standard.
Selain itu, WonderKlean juga telah melancarkan pakej pembayaran bulanan WonderKlean GOOODPlan yang sangat berpatutan, supaya semua orang dapat menikmati perkhidmatan pembasmian kuman profesional. Bayaran bulanan serendah RM60 sebulan, dan pelanggan akan dapat Pek DIY Disinfeksi WonderKlean mengandungi 1 penyembur sebagai cenderahati selepas sesi servis pertama. Setiap sesi akan diberi tablet pembasmian ekstra tanpa caj untuk pengendalian DIY anda pada sebarang permukaan yang kerap disentuh.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi WonderKlean, dan Facebook @WonderKleanOfficial.