Hasrat pasangan suami isteri Mohd. Helmi Mohd. Yusuf & Dira Abu Zahar untuk menimang cahayamata tergendala selepas aktress itu dilaporkan mengalami keguguran selepas hamil enam minggu dan perkara itu sebenarnya tidak disedari oleh mereka.
Jelas Dira Abu Zahar ketika menjalani satu penggambaran di Kemaman bulan lalu, beliau sedar yang dirinya sudah lewat datang bulan dan tidak berapa lama selepas keluar ketulan darah dan terus pergi berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
“Menerusi pemeriksaan doktor menjelaskan yang saya sebenarnya telah hamil kira-kira enam minggu, tetapi kandungan saya itu tidak dapat diselamatkan kerana saya telah mengalami keguguran,” jelas pelakon ini menerusi Kosmo! hari ini.
“Sudah tentu saya berasa sangat terkejut dan tidak sangka berbadan dua. Pada masa yang sama agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata kedua tidak kesampaian. Apa pun, saya tetap reda dengan dugaan ini”
Dira Abu Zahar turut menambah yang keguguran beliau mungkin berpunca dari dirinya sendiri yang terlalu kuat bekerja sehingga tidak sedar apa yang berlaku & akan lebih berhati hati selepas ini. Harap Dira Abu Zahar & suami tabah dengan dugaan ini. (rtky/m)