fbpx

Dira Abu Zahar Akan Rindukan Arwah Ayah Di Hari Raya

Tahun pertama beraya tanpa orang tersayang pastinya membawa kesan yang sangat hebat buat pelakon Dira Abu Zahar setelah baru saja kehilangan ayahandanya minggu lepas.

Tan Sri Abu Zahar Isnin yang juga merupakan bekas ketua menteri Melaka meninggal dunia di Merlimau setelah lama bertarung dengan kencing manis dan kerosakan buah pinggang. Arwah meninggal di usia 77 tahun.

Nyata Dira masih terasa kehilangan ayahnya kerana dia merupakan anak bongsu dan paling rapat dengan arwah antara adik beradik lain.

Namun Dira tidak terkilan kerana setiap hajat arwah ayahnya ditunaikan. Cuma hasrat arwah ayah untuk melihat Dira berjaya sebagai seorang peguam tidak dapat dilaksanakan. Arwah ayahnya mengambil masa yang lama untuk dapat menerima keputusan Dira memilih bidang sekarang.

Ketika menyatakan hasrat untuk berkahwin kali kedua dengan suaminya sekarang, Helmi, ayah Dira tidak membantah dan dengan terbuka hati menerima Helmi sebagai menantu baru keluarga mereka.

Dira pasti merindui saat-saat bersama arwah kerana tambah Dira ayahnya penuh dengan sense of humor. Arwah Tan Sri Abu Zahar merupakan “pak lawak” dalam keluarga yang sentiasa menceriakan ibu dan anak-anak serta cucu. Kerana itu arwah sangat disenangi dan disayangi cucu-cucunya.

Satu kepantangan ayahnya dalam keluarga bila berkepit dengan handphone ketika di meja makan.

Kerana itulah, Anggun anak Dira yang kini berusia 6 tahun sangat terasa kehilangan arwah datuknya. Disaat melihat jenazah arwah datuknya dibawa pulang ke Melaka, Anggun menangis meraung setelah diberitahu Dira datuknya sudah tiada.

Setelah kematian ayah, Dira cuma mahu menjaga ibunya kerana itunya lah satu satu nya harta ayahnya yang paling berharga. Jelas Dira dia pasti akan merindui saat-saat manis antara ayah dan ibunya kerana ayahnya seorang lelaki romantik. Ayah dan ibunya langsung tak boleh berenggang. Kalau tak nampak depan mata, pasti ayahnya susah hati.

“Apa yang penting sekarang, Dira nak buat mak happy. Ayah ada pesan, kalau nak buat apa buatlah. Tapi jangan ambil mak dari dia. Sebab mak adalah harta ayah yang paling berharga”