fbpx

Dini Schatzmann Ikhlas Jaga Janna Nick, Tak Pernah Rasa Terbeban

Sentiasa berada di sisi kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan Janna Nick berada dalam keadaan selamat.

Kata Dini, sepanjang dua tahun bersama mengajar dirinya untuk memahami masalah kesihatan mental dihadapi kekasihnya itu serta sentiasa positif untuk Janna.

BACA: Ambil Ubat Antikemurungan, Janna Nick Terpaksa Perlahan Kerjaya Seni

“Kita tak akan faham apa yang berada dalam fikiran mereka yang mengalami kesihatan mental. Awalnya saya cuba memahami apa yang berada dalam fikiran Janna.

“Lama kelamaan saya mula faham. Saya hanya perlu sentias bersamanya dan menjadi orang yang boleh diharapkan. Saya perlu jadi positif dan kuat untuk Janna. Paling penting, beri masa yang dia perlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Dini berkata dia ikhlas melakukan apa sahaja perkara untuk Janna dan tidak pernah menganggap ianya satu beban meskipun kekasihnya itu sentiasa mengaggap dirinya hanya menyusahkan.

“Saya tahu ada kala Janna fikir dia menyusahkan saya. Namun dalam lubuk hati, Janna tahu apa yang saya buat untuknya ikhlas dan tidak menyusahkan.

“Ketika mengalami tekanan, saya cakap apa pun tidak akan masuk dalam kepalanya. Itulah waktu yang paling susah. Jika berada dalam keadaan itu, saya biarkan Janna meluahkan emosi.

“Jika Janna menangis, saya biarkan sahaja. Saya tak boleh cakap jangan menangis kerana ia tidak membantu. Bila keadaan tenang, barulah saya cuba aturkan temujanji bertemu doktor psikiatri,” katanya.

Tahun lalu, Janna mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar serta mengaku pernah dua kali cuba membunuh diri ketika di usia remaja.