fbpx

Dikutuk Mulut Senget & Menantu Neraka, Shikin Maembong Tenang Dikecam

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kelemut antara cef selebriti terkenal, Cef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong yang menghantar surat saman malu sebanyak RM1 juta.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Susulan isu itu, Shikin dikecam teruk oleh netizen malah dilempar kata-kata negatif yang diterima menerusi mesej peribadi.

BACA: Chef Wan Berani Tunjuk Bukti Taja Perkahwinan Chef Riz, Shikin Maembong

Menerusi paparan mesej dikongsikan oleh Shikin, ada netizen yang menghina fizikal kakak kepada Emma Maembong itu malah ada yang memanggilnya menantu dari neraka.

Bagaimanapun, Shikin tenang berdepan kecaman netizen itu apabila meluahkan rasa hatinya dengan mengatakan mereka yang menghinanya beri pahala percuma kepadanya.

Terdahulu, Shikin menghantar surat saman malu kepada bapa mertuanya berkutan Chef Wan menegurnya secara terbuka gara-gara pertelingkahan dengan bekas suaminya, Chef Riz berhubung soal anak mereka, Putri Arriana Natasya.