Penyanyi Mark Adam menerima komen negatif daripada netizen apabila ada yang mempertikai harga set sate bhalut yang dijual di festival makanan didakwa mahal serta tidak berbaloi.
Menerusi satu video dikongsikan di media sosial, Mark meluahkan rasa kesal apabila ada netizen melemparkan kata-kata kesat sehingga pekerjanya hilang semangat untuk mencari rezeki.
BACA: Netizen Suka Mark Adam Ganti Shuib Di Hot FM
View this post on Instagram
“Pekerja saya nampak komen dan hantaran itu, ada yang hina kata macam-macam, saya tak kisah sebab dah biasa dengan komen negatif tapi pekerja saya budak baru.
“Mereka hilang semangat sebab terbaca satu komen kata harga ‘Satay Bhalut’ saya harga yahudi, satu set termasuk air, tiga cucuk RM21.90. Bukan mudah tapi isteri saya suka dan kami suka, sebab itu saya utamakan kualiti tanpa fikir keuntungan,” katanya.
Tampil menjelaskan mengenai kos melibatkan perniagaannya itu, Mark berkata sate yang dijualnya bukan sate biasa sebaliknya menggunakan daging premium dan harga dikenakan munasabah termasuk sewa tapak perniagaan.
“Saya tengah belajar, saya nak awak tahu situasi saya macam mana, saya punya daging premium, saya ambil sate dari kilang yang dikenali.
“Sate jualan saya bukan yang biasa, sebelum dibalut dengan popia, sate itu 30 gram. Ikut harga pasaran pilih yang termahal, 500 gram (RM30) dan satu cucuk RM7.50 sebelum kilang ambil untung, air kita letak dalam cawan besar, letak RM3 jadi RM10.50.
“Saya nak tanya awak adakah untung RM2,900 ni cukup untuk nak bayar tapak? Saya berniaga, baru sahaja masih belajar tapi agak-agak la dengan apa yang korang fikir kalau tak tahu,” katanya.