Nampaknya kisah pasangan ‘Aura ke-19’ hangat diperkatakan ramai apabila Dr Erin mengesahkan sudah pun bercerai dengan Da’i Farhan pada 27 April lalu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menerusi entri panjang di Instagram, Erin berkata dia sendiri meminta untuk dilepaskan agar Farhan kembali rujuk bersama isteri pertamanya pada Februari lalu kerana suaminya itu memberitahunya dia tidak sanggup berjauhan dengan anak-anak.
BACA: Dr Erin Dakwa Da’i Farhan Tipu Dapat Kebenaran Poligami
Erin mendakwa keluarga bekas madunya memberi syarat kepada Farhan jika mahu tinggal semula dengan anak-anaknya adalah dengan menceraikannya kerana tidak mahu Fatin Nurul Ain bermadu.
“Pada 11 February lalu saya telah mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya ustaz cakap pada saya dia tak boleh berjauhan dari anak-anak dia.
“Dia kata pihak sana bagi syarat dia nak dapat duduk dengan anak-anak balik adalah dengan menceraikan saya sebab mertua dia tak akan bagi anak dia bermadu.
“Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana (bekas madu) juga tak boleh move on…,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi Instagram bekas isteri Farhan iaitu Fatin Nurul Ain, wanita itu mengambi llangkah untuk berdiam diri dan memuat naik petikan daripada perawi hadis Rasulullah serta doa untuk memaafkan individu yang memfitnahnya.
Farhan dan Erin mendirikan rumah tangga ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah pada Oktober 2019. Kemudian pada Disember 2019, Farhan menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang sarat hamil menerusi aplikasi WhatsApp.