Ekoran daripada kenyataan Sarah mengenai suaminya, Shuib yang pernah digoda secara terang-terangan dengan peminat, Shuib merasakan perkara ini tidak perlu dipanjangkan.

BACA: Peminat Goda Shuib Depan Mata Siti Sarah

“Kalau dengar cerita bukan-bukan itu, semua orang buat silap. Kalau ada salah silap saya mohon maaf. Saya tak ada nak komen mengenai perkara itu. Doakan saya dan Sarah bahagia hingga ke Jannah,” katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro.

Tambahnya lagi, kemungkinan besar caranya melayan Sarah membuatkan peminat-peminat wanita khususnya yang sudah berkahwin seakan teruja dengan cara layanannya yang tersendiri.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai suami. Saya faham Sarah dan layanan-layanan saya mungkin orang nampak sweet. Tapi sebenarnya, itu yang perempuan nak pun dan sebagai suami kena jalankan tanggungjawab bersama-sama,” katanya lagi. (rtky/h)